Pakaian pencak silat terutamanya di Semenanjung
Malaysia kebiasaannya ialah baju Melayu. Bagi setiap ahli silat tidak kira
lelaki mahupun wanita, meraka akan mengenakan Baju Melayu bewarna hitam.
Selain itu, kain sarong akan dipakai oleh ahli silat
serta disisipkan keris pada bahagian pinggang sebagai senjata mereka. Pakaian
lengkap ahli silat juga meliputi tengkolok atau tanjak yang diikat dengan cara
yg berbeza mengikut pangkat dan kepercayaan.
Mereka juga memakai sampin di pinggang dan
kemudiannya diikat dengan bengkung atau tali pinggang. Warna bengkung tersebut
adalah berbeza mengikut mengikut pangkat seseorang itu. Sistem bengkung
tersebut diadartasi dari seni mempertahankan diri Jepun.
Simbolik Pakaian Dan Peralatan Silat.
Keris :
- Keris merupakan alat kebesaran raja-raja Melayu
sebagai lambang kedaulatan, kebesaran dan kekuatan.
- Keris juga berperanan sebagai senjata pendek yang
digunakan oleh pembesar dan pahlawan untuk mempertahankan diri.
Tengkolok atau Tanjak.
- Bertujuan untuk menutup kepala ketika menghadiri
sesuatu upacara rasmi seperti menghadap pembesar negeri atau daerah agar
kelihatan lebih kemas.
Sampin.
- Sampin melambangkan keunikan Baju Melayu kerana
sampin mempunyai gaya dan fesyen yang unik untuk dipakai dan melambangkan
identiti dan gaya masyarakat Melayu.
Bengkung Silat.
- Menunjukkan tahap pencapaian individu terbabit
dalam seni persilatan. Terdapat beberapa warna yang berbeza pada setiap
bengkung yang melambangkan tahap pencapaian individu terbabit. contohnya :
- Peringkat satu : Bengkung Merah
- Peringkat Dua : Bengkung Merah (berjalur kuning)
- Peringkat Tiga : Bengkung Kuning
- Peringkat Empat : Bengkung Kuning (berjalur hijau)
- Peringkat Lima : Bengkung Hijau
- Peringkat Enam : Bengkung Hijau (berjalur biru)
- Peringkat Tujuh : Bengkung Biru
- Peringkat Lapan : Bengkung Biru (berjalur hitam)
- Peringkat Sembilan : Bengkung Hitam
- Peringkat Sepuluh : Bengkung Hitam (berjalur
merah)
- Peringkat Sebelas : Bengkung Hitam (berjalur merah
dan kuning)
- Peringkat Dua Belas : Bengkung Hitam (berjalur
merah, kuning dan hijau)
- Peringkat Tiga Belas : Bengkung Hitam (berjalur
tiga emas)
Artikel Sumber Perkongsian :-
Pesilat Ummu Hannan Bt Yusuf
No comments:
Post a Comment